Minuman paling baik ialah air (kosong) yang bersih. Akan tetapi, bagi yang kurang gemar minum air kosong dan mahukan air yang berperisa, jus buah-buahan merupakan alternatif yang bagus. Jus buah-buahan yang dibuat terus daripada buah-buahan segar (dan tidak menggunakan perasa tiruan) bukan sahaja sedap, malah menyegarkan. Dan yang paling penting, insya-Allah, kita akan dapat khasiat daripada nutrisi dalam buah-buahan tersebut.
Oleh sebab itu, jika sebelum ini kita biasa hidangkan air sirap atau air kordial bersama juadah yang lain, apa kata kali ini kita cuba sediakan jus buah-buahan pula. Jom cuba resipi khas ‘Jus Mangga Dengan Madu’ daripada chef terkenal, Master Chef Sabri Hassan. Selain dapat khasiat daripada buah mangga, kita juga akan menikmati khasiat daripada madu, insya-Allah
Bahan-bahan (untuk 2 orang):
- 3 biji mangga – di buang kulit dan biji
- 1 cawan yoghurt asli @ Natural yoghurt
- 1 sudu makan gula secukup rasa
- 2 cawan air mineral
- 3 sudu makan madu lebah asli
Cara masakan :
01.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga larut.
02.Setelah siap, tuang ke dalam jug dan simpan dalam peti sejuk.
03.Apabila tiba waktu makan, tuangkan dalam gelas dan hidang dengan buah Tamar (bersama-sama juadah yang lain).
Biodata Penulis
Master Chef Sabri Hassan merupakan seorang chef selebriti yang bertapak di Kuala Lumpur. Beliau pernah dijemput menjadi host rancangan ‘Spice Routes’ di TV3. Beliau juga telah menulis beberapa buah buku masakan termasuklah ‘Dunia Masakan Chef Sabri’ yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Di samping itu, beliau aktif dalam pertandingan memasak dan pernah mewakili negara dalam pertandingan memasak bertaraf dunia – antaranya Pertandingan Masak Dunia di St Gallen Switzerland. Beliau juga merupakan seorang yang pakar dalam seni ukiran ais. Lawati blog beliau dihttp://chefsabri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan