MASA
Rasulullah s.a.w bersabda: "Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
MAHRAM
Janganlah seorang lelaki duduk berdua2an dengan perempuan bukan mahram karena ada yang ketiganya iaitu syaitan. (Hadis Riwayat Abu Daud)

PERSAUDARAAN
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]
Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi)
Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” [HR Bukhari]
Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu/mengatasi kesulitan orang lain. [HR Ahmad]
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim." [HR Bukhari; No.1695, Jilid 4]
Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)
Daripada Anas r.a bahawa “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)
Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)
"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya." (HR. Bukhari)
Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HR. Muslim)
Orang Muslim itu adalah saudara, janganlah kamu menganiayanya, janganlah kamu menghinanya, dan janganlah kamu merosakkannya. (HR. Muslim)
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(Al-Bukhari)
"Barangsiapa rendah hati kepada saudaranya semuslim maka Allah akan mengangkat derajatnya." (HR. Ath-Thabrani)
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah yg baik atau diamlah.” (HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa memberi kelonggaran org yg susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat." (HR Muslim)
"Tidak ada dua orang Muslim yg bertemu kemudian bersalaman, melainkan diampuni dosa untuk keduanya sebelum berpisah." (HR. Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w : Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Allah akan senantiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya." (HR. Muslim : 2699)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu bersopan santun dan janganlah kamu kasar atau berkata keji." (HR. Bukhari).

PUASA/RAMADAN
Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. (HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Muaz bin Jabal r.a Nabi saw bersabda ” Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam. (Riwayat Tarmizi dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)
* Lebih banyak hadis mengenai Puasa dan Ramadan di:
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/06/koleksi-hadis-ramadan.html
* Lebih banyak hadis mengenai Puasa dan Ramadan di:
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/06/koleksi-hadis-ramadan.html
QURAN
Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” [Hadis riwayat al-Hakim]
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaannya. Dalam Taurat, Injil, Zabur dan Quran, tiada ada surah yang diturunkan sepertinya. Ia berisi tujuh ayat yang sering dibaca berulang-ulang (iaitu surah Al-Fatihah)," (Hadith Riwayat Tirmizi)
Abu Hurairah juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Ibu Quran adalah surah al-fatihah, yang disebut sab'ul matsani." (Hadith Riwayat Bukhari.)

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.” (riwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
“Sesiapa membaca ayat Kursi pada setiap selesai solat wajib, maka tidak akan ada yang mencegahnya untuk masuk syurga, kecuali kematian.” (HR. An Nasa’i)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk) --- (HR At Tabrani)
“Barangsiapa membaca Surah Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. ( HR. At Tabrani )
Jabir bin Abdullah r.a menceritakan,“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” [HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah]
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yg aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” ( Riwayat Bukhari)
Tidaklah berhimpun suatu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, kecuali akan turun kepada mereka sakinah(rasa tenang) dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh Malaikat dan disebut oleh Allah dihadapan (Malaikat) yang berada dekatNya. (HR. Muslim)
“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma’at, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Juma’at.” (HR Hakim 3349 dan Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70,000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)

Rasulullah s.a.w bersabda: " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ". (Riwayat Muslim)
Tidaklah berhimpun suatu kaum di salah satu rumah Allah untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, kecuali akan turun kepada mereka sakinah(rasa tenang) dilingkupi oleh rahmat, dikelilingi oleh Malaikat dan disebut oleh Allah dihadapan (Malaikat) yang berada dekatNya. (HR. Muslim)
Dari Anas RA dari Nabi SAW yang bersabda: “Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali.”.” (HR At-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya". (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud - dlm kitab Sa'adatul Darain)
Hiasilah al-Qur'an dgn suaramu. Sesungguhnya suara yg bagus dpt menjadikan al-Qur'an bertambah indah" (HR Bukhari)

Abu Sa’id al-Khudri berkata; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!” (HR Imam Bukhari)
Hiasilah al-Qur'an dgn suaramu. Sesungguhnya suara yg bagus dpt menjadikan al-Qur'an bertambah indah" (HR Bukhari)
Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar al-Qur'an dan mengajarkannya. [HR.Bukhari]
Umatku yang termulia ialah penghafal Al Qur'an dan yg selalu shalat tengah malam (tahajud). (HR Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap." (Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan